Friday, July 4, 2014

Mr Posmen...


Seorang posmen yang datang menghantar surat.

” Assalamualaikum ”

” Walaikumsalam ”

” Ni rumah encik Sameon ye?

” Ya saya”

” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”

” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Jom Lawak – Kawan Atok...


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong

berwarna merah.

“Atok buat apa tu?”.

“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok

duduk dalam tong merah tu?” .............................

Thursday, July 3, 2014

Kemana nak pergi...


              Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan...
Ramai yang tidak tahu kemana hendak dituju andai telah terlibat dengan penagihan dadah dan apa yang perlu dibuat. Pada entry kali ini Udin akan memberikan sedikit maklumat tempat-tempat yang boleh dikunjungi bagi mendapatkan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan. Sekiranya ada diantara ahli keluarga, saudara mara, rakan taulan kita yang mempunyai tanda-tanda penagihan, segeralah mendapatkan nasihat dan maklumat lanjut ke tempat-tempat yang sewajarnya.

Di Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menguruskan hal-hal berkaitan penyalahgunaan dadah. AADK merupakan agensi utama yang memainkan peranan dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan negara Malaysia yang bebas daripada ancaman dadah menjelang tahun 2015. Sekiranya terdapat keperluan untuk mendapatkan sebarang maklumat atau bantuan dari pihak AADK. Silalah berkunjung ke laman web mereka ataupun menghubungi mereka di alamat berikut :-

                                                      AADK
Tel : 03 - 8911 2200 Fax: 03 - 8926 2055

Selain badan kerajaan, terdapat juga badan-badan NGO atau swasta yang menubuhkan Pusat Rawatan dan Pemulihan. Kebanyakan pusat rawatan ini berteraskan agama dalam melaksanakan rawatan dan pemulihan. Walaupun pusat-pusat ini mengamalkan  pendekatan yang berbeza dari segi modul dan pendekatan, tetapi kesemuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu memulihkan penagih dan memastikan kepulihan itu kekal selamanya. Kesemua tempat-tempat yang tersenarai di bawah merupakan tempat-tempat yang pernah Udin lawati dan Udin berpeluang melihat sendiri aktiviti yang dijalankan. Pusat Rawatan dan Pemulihan swasta ini dikendalikan oleh individu-individu berpengalaman dan kos rawatan dan pemulihan ini perlu ditanggung oleh keluarga pelatih. Pilihan adalah adalah ditangan keluarga samada menghantar penagih ke pusat yang dikendalikan oleh pihak kerajaan secara percuma ataupun ke pusat pemulihan swasta yang mengenakan bayaran. Sekiranya ingin mendapatkan rawatan di pusat swasta, pastikan anda mendapat maklumat yang jelas tentang kaedah, modul serta bayaran yang dikenakan.

Pusat-pusat rawatan swasta yang ada di Malaysia dan pernah Udin lawati.
   
1.       Darul Hanan, Wakaf Baru, Kelantan
2.       Baitul Taubah, Pasir Putih, Kelantan
3.       Pusat Pemulihan Hati, Jenagor, Terengganu
4.       Darul Manzil, Sabak Bernam, Selangor
5.       Darul Islah, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor
6.       Rumah Sahabat, Kajang, Selangor
7.       Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia, Pokok Sena, Kedah
8.       DIC Kuantan, Pahang
9.       Pengasih, Kuala Lumpur

Maklumat lanjut berkaitan pusat-pusat rawatan boleh diperolehi melalui laman sesawang mereka ataupun minta nasihat daripada pihak AADK kerana kesemua pusat ini berada dibawah pemantauan mereka. Sekiranya inginkan pusat pemulihan yang lebih selesa, boleh juga melayari laman web The Cabin, Drug & Alcohol Rehabilitation Centre, Chiang Mai, Thailand. Udin dan rakan-rakan berpeluang melawat dan melihat kemudahan tempat ini. Sangat menarik, tetapi yang pasti kosnya adalah tinggi.

video

                         Best Drug Rehab Center  - Find the Best Drug Rehab Center Today

Wednesday, July 2, 2014

Kembalilah Kepada Kedua Ibu Bapa

          Sekiranya kita tidak dapat menggembirkan mereka, janganlah kita menyusahkan mereka. Itulah falsafah yang Udin pegang sehingga sekarang. Dalam bilik darjah Udin selalu mengingatkan anak murid bahawa tidak semua diantara kita dilahirkan mempunyai kelebihan dan kemahiran untuk belajar dengan baik. Untuk Berjaya, kita perlu berusaha semaksima mungkin. Tetapi andai tidak Berjaya dalam pelajaran, janganlan menyusah atau melukakan hati keduanya.

Apabila anak-anak terlibat dengan perkara yang menyalahi undang-undang, kedua ibubapa yang akan merasa kesukarannya. Malu berhadapan dengan masyarakat sekeliling dan ada kalanya terpaksa mengeluarkan wang jaminan apabila anak dituduh di mahkamah. Itulah hakikat yang dihadapi oleh kedua ibubapa. Walau sejahat dan seburuk manapun perangai serta kelaluan anak-anak, akhirnya ibubapalah yang akan membela mereka.

Sebagai anak yang sayang dan kasihkan kedua ibubapanya, berbaktilah kepada mereka sementara mereka masih hidup kerana inilah masa terbaik yang boleh kita berikan kepada mereka. Andai kita telah terlanjur melukakan mereka, kembalilah kepada mereka dan mohonlah keampunan dari mereka atas kesalahan yang telah kita lakukan.

Tiada ibubapa yang mahu melihat anak mereka sensara, walau apa yang berlaku terhadap mereka, mereka mahukan anak-anak kembali kepada mereka dan melihat mereka bahagia. Begitulah harapan keduanya.


Bagi membayangkan betapa kasih kedua ibubapa kepada anak-anaknya, marikah kita lihat harapan seorang ayah kepada anaknya yang telah terjebak dalam kancah penagihan dadah supaya kembali kepada kepada kehidupan asal mereka… 

Terimalah sajak yang bertajuk  “Jadilah Awang”.

video
                                                                    Jadilah Awang......